Monday, March 31, 2014

TRAGEDI CINTA ISTERI .. Ustaz Pahrol Juoi

Dalam episod cinta, takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?
Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.
 
Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.
 
Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.
 
Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.
 
Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang  akan merubah pasangan kita.
 
Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.
 
Setelah berusaha sehabis daya… istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...(Dari Ustaz Pahrol Juoi)


Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
 
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Friday, May 10, 2013

DOA JIKA TERANIAYA

Dari Dr Fatma El Zahra :

89. Surah Al Fajr (Fajar)
Baca ayat 1 hingga ayat 14, setiap selepas solat Isya'. Ulang 7 kali.

Friday, February 8, 2013

Doa Pendinding, Penunduk dan Pembatal SIHIR

Semalam tengok rancangan Semanis Kurma semalam. Uztazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Aqashah telah menjemput Ustaz Fauzi Mustafa sebagai panel. Takut juga bila dengar. Dalam zaman serba moden dan IT sekarang, rupanya masih ramai lagi yang menggunakan sihir untuk mencapai hajat. nauzubillah..

Bawah ni antara doa-doa yang Ustaz Fauzi suruh amalkan. Baca lepas solat. Lagi bagus kalau dapat ikut sunnah, yg Nabi buat. Sebelum tido, duduk berlunjur atas katil, tadah tangan, baca 3 Qul, hembus kat tapak tangan then usap seluruh badan dari kepala hingga hujung ibu jari. Ulang sampai 3 kali. Pastu, baru la tido. Aku plak kalo dah nampak bantal, letak kepala dulu...dalam mamai tu la dok baca.. tak pasti la sampai surah/ayat mana yg aku terlelap. Jauhnya la aku dari amalan sunnah tu...

Tuesday, February 5, 2013

Doa Untuk Sabar/Tenang Untuk Menghadapi Ujian/Dugaan (Sakit, masalah hubungan suami isteri, nak exam, nak bersalin dll)

Pagi tadi sebelum gi keje, sempat tgk rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Ustaz cakap kalau nak selalu sabar dan tenang bila berhadapan dengan ujian, masalah, kesakitan, bencana dan apa-apa lagilah yang mencabar tahap kesabaran, keimanan, aqidah..dll Uztaz suruh amalkan Surah Insyirah dan Surah Thohaa ayat 1-5. Lagi bagus kalau dapat amalkan 3T iaitu Taubat - Tahajjud - Tasbih.

Kalau baca surah tu boleh lagi ustaz.. tapi kalau kena bangun malam tu ustaz... ya Allah payah btol la aku ni. Koi 4> dah bangun masak la, siap anak gi skolah la, kol 12mlm blom tentu dpt tido..laundry, masak, tgk keje skolah anak..bla bla bla. Sib baik org pompuan ni banyak side ordernye pahala kan.. mudah2an dapat la tambung.. bleh tak ustaz kautim camtu??


Monday, January 28, 2013

8 ASNAF ZAKAT

Masa baru2 kawin dulu, hidup aku ni sempit sikit. Ye la orang kata baru nak membina hidup. Combine gaji dengan hubby pun, takde lebih tiap2 bulan. Ada je masalah. Jealous tengok kawan2 pejabat boleh pakai baju cantik2, kain terkini..masa tu opel la yg famous. Rupanya ada kawan yang veteran sorang dok perhati. Aku cakap la, aku ni tak boleh nak berbelanja lebih sangat sebab banyak komitmen. Makcik ni faham. Lgpun aku ni dah macam anak dia. Tau apa dia buat.
 
One day dia bawak aku pergi Pusat Zakat Wilayah. Dia bwk gi kaunter and minta pegawai tu kirakan akunye gaji and zakat yang aku patut bayar. Jadi start pd hari tu makcik tu dok tarbiah aku pasal kewajipan bayar zakat ni. Aku ni ilmu agama tak banyak masa tu. Jd dalam ketakcukupan tu, aku gagahkan jugak membayar zakat. Buat potongan gaji. Masa tu potong RM50 kot.. Tapi Allahuakbar.. Janji Allah memang benar. Sekiranya hambaku bersedekah (zakat), Aku akan cukupkan keperluan mereka. Sejak tu hidup aku takde la sempit seperti sebelumnya. Ada balance plak duit gaji tu. Padahal komitmennye same je. Aku ajak suami plak bayar zakat. Alhamdulillah rezeki Allah melimpah ruah. Rezeki kesihatan, anak2 yang tidak banyak kerenah, hubungan keluarga sendiri dan mertua baik, suami yang masih setia bersama aku.. walaupun jumpanya seminggu sekali sejak kawin lagi. Tahun ni insyaAllah sambut annivesary ke 15 tahun.
 
Sekarang zakat tu kami lebarkan.. ke 2-3 negeri tempat zakat, ke sekolah2 tahfiz/agama.. rumah kat KL pulak bagi anak2 yatim duduk. Kalai bagi sewa nanti banyak masalah, jd bagila dulu anak2 yatim ni duduk. Mudah2an ada sikit saham utk ke kubur nanti.. Banyak lagi cabang zakat ni. Rujuk Surah At-Taubah bawah ni..
 
 

 

Thursday, January 24, 2013

MAULID NABI MUHAMMAD s.a.w

Dari Dato’Hassan Din Al-Hafiz
Program Tanyalah Ustaz ;  Khamis 24 Januari 2013

Keajaiban yang mengiringi kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

1.     Ibunya Aminah tidak sakit seperti wanita biasa
2.     Keluarnya cahaya bersama-sama Nabi sehingga menerangi hingga ke timur dan barat
3.     Badan Nabi bersih – tiada kekotorang langsung
4.     Telah bersunat
5.     Tali pusat telah dipotong
6.     Bercelak


Ibunya Aminah telah kering susu, lalu diberikan kpd Halimatun Saa’diah untuk disusukan sehingga Baginda 3 tahun. Ustaz ckp walaupun Nabi menangis tp ibunya tidak sekali-kali memerah susu unta kerana tidak mahu pengaruh haiwan dalam tumbersan Nabi.


Ishhh anak aku, awal2 dah minum susu lembu. Lembu tu dah jd ibu susuan lah plak kan.. Bistu anak lembu tu adik bradik susuan. Emmm sian anak aku.. Mama mintak maapla yer.Jadi kesimpulannya, kalau nak bentuk anak untuk jd peribadi mcm Nabi, sebelum ‘production’ bermula lagi dah kena bagi perhatian dan penjagaan yang khusus. Dulu aku pernah belajar, ustaz Lah (Abdullah Patani) ckp anak2 yang nakal terlampau adalah berpunca dari bapa dan ibu yg tidak menjaga sikap dan perbuatan semasa bayi dalam kandungan lagi. Utk ibu yg penting jaga pemakanan. Ustaz ckp kalau ada pokok buah yang terletak kat border antara rumah kita dgn jiran, ibu ngandung td ambik makan buah yg terjuntai ke halaman rumah dia… Haram makan. Jadi terbentuklah bayi td dengan makanan haram..


Aku dulu masa ngandung je suka makan nasi krabu Kelantan tu. Kan banyak pakai ulam-ulaman. Harap2 makcik yg jual tu ambik ulam2 tu kat rumah dia..yg dia tanam sendiri. Amin..

Friday, December 28, 2012

Doa hilangkan rasa sunyi dan Doa elak rumah dari bencana

Dari kuliyah Dr. Fatma ElZahra

93. SURAH ADH DHUHAA

Surah ini diturunkan semasa Nabi Muhammad sallahua'laihiwassalam tengah bersedih sebab Malaikat Jibril lama dah tak datang rumah Nabi.

Fadhilat Surah :-

1) Elak pencuri masuk rumah - baca 7 kali selepas solat subuh & magrib

2) Untuk elak rumah dari bencana (terbakar) - Baca 41 kali - hembus pada air - renjiskan air tersebut di sekeliling rumah.

3) Hilangkan rasa sunyi/lonely (Suami/anak2/keluarga jauh) - Baca 3 kali masa rasa sunyi


Friday, November 30, 2012

JODOH

Tahun depan 2013.. in syaa Allah umur aku dah berganjak setakuk lg and dah nak entry 40's.. Ish panjang masanye tu.. Tapi sedihnya amalannya tak sepanjang mana. Mudah2an Tuhan bg aku rezeki umur yg panjang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Syukur atas segala kurniaanMu ini.. anak2 aku dah 5 orang.. Suami yang Alhamdulillah masih setia bersama aku.. walaupun dr start kawin sampai skarang kami ni weekend couple. Cuma kadang aku teringatkan kawan2 yang masih single.. tak kisahlah samada memang memilih utk hidup single atau rezeki jodoh belum berkunjung tiba.

Ni ada doa untuk diamalkan. Mudah2an doa-doa ni dapat mempermudahkan dan membuka hijab jalan-jalan ke arah jodoh tu. Ada doa dr Ustazah Siti Bahiyah dll.


    

      


Zikir :
YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH

Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.

Thursday, November 29, 2012

Disebalik serangan Israel ke atas Gaza...

From : Ustaz Zahazan Mohamed


Tindakan memboikot produk yahudi adalah BENAR, tetapi adakah ia satu KEUTAMAAN? Yang mana lebih utama, memboikot produk yahudi atau memboikot akhlak yahudi yang kita ikut dan amal setiap hari dalam kehidupan kita seperti bergaul tanpa batasan, menonton rancangan2 lagha anjuran yahudi, mengambil ringan hal aurat dll?

Yang mana agaknya lebih yahudi benci, boikot produk atau boikot akhlak mereka? Ingatlah janji Allah SWT; "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka" (Al Baqarah : 120)

Cadangan ana, kita buat dua2 tapi pada masa yang sama kenal pasti yang mana lebih utama. Sedarlah, sekarang ini kita tidak perlu keluar untuk menemui yahudi kerana pengaruh laknatullah ini dengan mudah telah memasuki ke dalam rumah kita seolah2 kita sendiri yang menjemputnya (TV, HP, internet dll).



Baca sekali lalu.. tak brape faham.. tp bila dok sekejap and renungkan...mendalam maksudnya.

From Pahrol Mohamad Juoi...


Kaya ini bukan dengan memiliki tetapi apabila tidak dimiliki. Sering berlaku, kita 'dimiliki' oleh sesuatu yang kita miliki...

Semoga kita sentiasa sedar bahawa harta itu adalah 'hamba' yang baik, tetapi 'tuan' yang sangat jahat.

Justeru, jangan sekali-kali dimiliki oleh sesuatu yang kita miliki.

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu, selamanya, sentiasa dan di mana jua.

Thursday, July 7, 2011

Rindu Pada Arwah..


 “…adik rindu kat atuk la..” ucapan anak mama yang bongsu, Khairan.. Hampir setiap hari bgtau pd mama, papa, abang2 & kakak2 dia. Anak yang sekecik itu, yang baru nak masuk 4 tahun jadi khalifah Allah.. sudah tahu erti rindu. Masa singkat 4 tahun itu pun, dia sudah ada memori indah yang bermain2 di fikiran dia. Memori bersama arwah atuk..

Inikankan pulak mama ni. Abah, 37 tahun angah hidup.. abah ada kat depan mata. Kalau balik Puchong, Abah selalu teman angah dan Faizal makan. Abah suka sembang. Abah suka cite pasal keje abah..Abah slalu cerita pasal mak dan anak2.. Abah selalu pesan suruh tengokkan mak dan adik2... 27 Februari 2011 Abah tinggalkan kami semua. Sekarang hanya dapat tengok gambar abah jer.. cium baju abah, baju pagoda yg abah pakai masa sakit dulu. Kalau rindu, angah cari baju abah tu.

“..Ateh rindu kat arwah la” Kak Emi rindukan arwah suaminya. Phrase yg selalu ada kat wall FB dia. Suami yang baru diijabkabulkan dengan dia.. baru sebulan. Pelamin pun belum dibuka..barang2 kenduri masih belum berkemas... Allahuakbar.. Engkau telah menjemput suaminya semasa mereka mengecapi bulan madu. Berat sungguh ujianMu Ya Allah..

KEMATIAN..
Setelah beberapa bulan berlalu, aku cuba mencari kekuatan dan mencari pengajaran disebalik ujian kematian ini. Aku search di internet tentang kematian.. Dapatlah aku menilai perkara penting yang buat aku merenung jauh..berfikir dan muhasabah diri.

Manusia itu bukan tubuh yang bergerak kesana kemari tanpa tujuan. Tubuh itu tidak memahami apa-apa. Sebaliknya, ada jiwa yang hidup di dalamnya yang memberikan tujuan kepada tubuh iaitu ROH... Tangan, kaki, paru-paru, jantung dan otak, semuanya berhenti bekerja ketika jiwa itu pulang ke tempat asalnya, sesuai waktu yang telah ditentukan baginya. Yang terbaring di persemadian hanyalah tubuh kaku yang telah hilang fungsi dan tujuan. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Orang-orang yg disayangi disekeliling kita, bukan milik mutlak kita dan hanya dipinjamkan sementara sahaja.. Jasad dan roh kita adalah milik ALLAH s.w.t dan dia lebih berhak untuk ambil kembali.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

Apakah bahagian arwah ’didalam sane’… Bahagiakah dia..atau terseksakah dia.. Hanya Allah yg mengetahui. Sebagai waris, kita hanya mampu mendoakan, menghadiahkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan bersedekah atas nama arwah. Semoga urusannya ’dibawah sane’ lebih mudah. Teruskan kehidupan kita dengan kenangan2 bersamanya. Usahlah menagis kerana akan lebih menyeksanya..

Begitu banyak hamparan kebun amal berada di sekeliling kita, anak yatim yang memerlukan kasih sayang, perut orang-orang miskin yang lapar, ibu tunggal yang mermerlukan bantuan, anak fakir miskin yang menginginkan persekolahan, orang-orang sakit yang tidak mampu membayar bil perubatan, orang-orang jahil yg dahagakan ilmu agama, masjid-masjid yang tersekat pembangunannya, pusat tahfiz yg daif dan berbagai macam lagi kebun amal lainnya yang menunggu kita untuk dijenguk dan dibantu. Alangkah bagusnya dan bertuahnya arwah andai kita sebagai waris terpanggil untuk membantu mereka ini dan berbahagialah arwah ’dibawah sane’ dengan amal kita yang tak seberapa ini. Yang tidak setanding dengan perngorbanan abah untuk membersarkan kami anak-anak.

CINTA..
Sayang dan rindu pada abah kadang buat aku terlupa..leka. Dalam mencintai, ada perkara yang harus didulukan..iaitu cinta pada Rabbnya dan Kekasihnya.. Allah dan Muhammad s.a.w.
”Sesungguhnya tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai Allah dan Nabi lebih dari yang lain”.
 Jika kita mencintai Allah, Dia akan mencintai dan menjaga kita. Cinta yang mendalam akan membawa kita kepada fasa pengorbanan. Aku boleh korbankan masa, tenaga, duit untuk jaga abah masa sakit dulu. Tapi bila merenung kembali hidup aku, tak banyak perngorbanan yang aku buat untuk Allah dan Nabi. Sembahyang aku pun, masih banyak yang tak punctual. Untuk yang 5 waktu tu pun, masih tak terurus dengan sempurna. Besar sungguh nikmat ujian kematian ini.. Banyak perkara yang buat aku berfikir dan menilai kembali setiap fasa yang aku lalui dlm hidup aku. Ya Allah beri aku kekuatan, kesempatan dan petunjuk Nur HidayahMu.. untuk aku memperbaiki segala kelemahan diri ini.. supaya aku dapat menjadi hambaMu yang terpilih untuk ke FirdausMu Ya Allah.

”Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan meningat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Raad: 28)

Ya Allah berikan aku nikmat iman itu Ya Allah..supaya aku dapat berasa tenang denganMu dan supaya aku tidak lagi terbeban dengan kerinduan kepada arwah.. Amin...

Friday, June 17, 2011

RAPUH - Opick


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
https://www.youtube.com/watch?v=hzIkxwozfH8

Monday, June 13, 2011

JIN, MANUSIA & PENYAKIT

Penceramah : Ustaz Abdullah Mahmud
Tarikh : 4 mac 2011
Tempat : Dewan Bakawali, KOMTUR, Kuantan, Pahang


Janji Allah - penyakit datang bersama ubatnya cuma tidak diturunkan setempat. Oleh itu manusia perlu ikhtiar untuk mencari ubat tersebut. Kita perlu minta petunjuk Allah untuk mendapatkan ubat yang bersesuaian dengan penyakit.

Nabi sakit tidak pernah makan ubat tetapi setiap kali sakit, Nabi hanya bersedekah.

Pesanan Ustaz : Manusia sekali-sekala perlu cas diri iaitu berdiri/berjalan di atas tanah tanpa seliapr/kasut. Ini kerana manusia berasal dari tanah.
Pesanan Nabi : Jangan makan ubat yang akan memberi mudarat atau kesan sampingan lain. Sebaliknya minum dan makanlah makanan yang boleh dijadikan ubat. 

Imam Syafi'e Rahimahullah berkata kepada Imam Ahmad Rahimahullah : " Wahai Ahmad adapun aku makan banyak, kerana aku tahu makananmu adalah dari yang halal. Dan sesungguhnya engkau juga adalah seorang pemurah, makanan orang pemurah adalah ubat, makanan orang bakhil pula adalah racun/penyakit. Aku tidak makan (hanya) untuk kenyang, tetapi aku makan (juga) untuk berubat dengan makananmu itu wahai Ahmad. Supaya aku sembuh (sihat) kerana makananmu dari yang halal"  -  Makanan halah adalah ubat, makanan haram dalah penyakit.
Contoh ubat yang boleh beri mudarat seperti ubat2 hospital (kencing manis, darah tinggi - kebanyakan pesakit akan dapat komplikasi buah pinggang). 
Makanan yang boleh dijadikan ubat adalah yang di antara langit dan bumi seperti madu, cuka pokok (asli), kekacang (badam, pistachio..), kurma, air zam2, halia, bawang putih, lada hitam, minyak zaitun, jintan hitam, kayu manis.. dan mcm2 lagi la.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Khal = cairan cuka dari buah-buahan (BUKAN CUKA BUATAN). Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam.

Kencing manis - Cuka + Kurma + Gambir india

Demam panas - Belimbing buloh + Cuka + Madu

Kolestrol tinggi - Kisar  jadikan jus ~ Daun rambutan yg sedang (5 helai) + Cuka(1 sudu) + Madu (1 sudu)

Fibroid - Rebus daun semalu. Ambil air rebusan + cuka. Baca Surah Al-Insyiqaq ayat 1-5 - hembus pada air. ~ Minum.

Pendiding rumah - Isikan Cuka dalam gelas, bacakan dan hembus "Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in" (Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan). Letakkan tengah rumah.
- Elakkan menyimpan sisa tulang dalam rumah bila malam kerana tulanga dalah makanan jin.

Budak menangis sambil pejam mata (tanda gangguan) - Lada hitam + minyak zaitun. Bacakan Fatihah, ayat kursi dan selawat. Sapu belakang telinga anak dan jari kaki.

Ekzema (gatal2) - Tumbuk campuran garam + lada hitam + belerang. Then + cuka + minyak zaitun. Sapu.

Sawan - cari rambut kerinting/tercacak 3 helai, pegang. Baca Bismillahi MasyaAllah. Cabut and letak rambut tersebut dalam cuka + ais. Balut badan dengan tuala.

Migrain - Masa sakit ~ Baca Surah Al-Waqiah ayat 19 - hembus pada ubun-ubun. Untuk elakkan - taburkan garam kasar + lada hitam + kacang hijau atas surat khabar. Berjalan-jalanlah di atas taburan tadi.

Jantung (perokok) - Cuka isi dalam botol. Masukkan bawang putih (jadikan jeruk). Makan bawang putih tersebut.

Resdung - ambik air zam2/ air sejuk, letak atas tapak tangan. Selawat 3x and sedut ikut hidung. Lakukan sebelum subuh. Boleh juga sedut air semasa ambil wuduk (pada kali ke 3) untuk semua anggota. Niatkan dalam hati.

Ulcer - Rebus daun inai dan pepak (isap daun lepas rebus).

Ruam (budak) - Sapu cuka kat badan

Sakit pinggang - Masa mandi, ambil air yang jatuh kat lantai (jirus yg akhir), tepuk ngan tapak tangan - selawat - niatkan " Ya Allah dengan berkat air mandian ini, hilangkanlah sakit pinggangku". Kemudian tepuk kat pinggang belakang - tarik bawak ke depan.

Mudah-mudahan dapat diamalkan bersama2..

Friday, June 10, 2011

Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang


21 Mei 2011 - Tanah runtuh di bahagian belakang Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang. Seramai 25 orang penghuni rumah anak yatim itu tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang, 16 daripada mereka terkorban, manakala 9 orang lagi selamat.

Aku menangis banyak hari jugak bila teringatkan anak2 tahfiz ni. Tiap kali baca suratkhabar, aku sebak. Lepas solat, aku mesti teringat and menangis.. Ya Allah, ini aku yang cuma baca suratkhabar tak boleh nak membendung rasa sedih aku. Macam mana la anak2 ini dan orang2 sekeliling dorang berdepan dengan ujian ni. Ya Allah berilah mereka kekuatan. Apakah yang ingin kau sampaikan/tunjukkan Ya Allah.. disebalik ujian ini. Yang pastinya bukan ditujukan untuk anak2 ini tetapi semua.. especially majlis, engineer, geologist, pejabat agama, Jabatan Kebajikan, pejabat tanah, orang ramai.. Tak payah nak cari salah pengasas atau anak2 ini sendiri.  Manusia memang senang nak cari salah orang lain, tapi kita susah nak cermin diri kita and cari salah/kurang pada diri sendiri.
Disekitar rumah kita/kampung.taman/daerah.. pernah ke kita ambik tau akan kewujudan rumah anak yatim/skolah tahfiz/rumah kebajikan dll.. kalo tahu, pernah ke pergi jenguk tengok keadaan tempat tu, pernah tanya ke masalah dorang..kesihatan..kewangan..makan minum pakaian cukup ke tidak.. Apa kisah anak2 yang duduk kat sini, apa kisah mak ayah dorang... apa yg dorang belajar, sekolah ke dorang..
Tuhan nak semua bukak mata.. kita sibuk dengan urusan dunia..cari duit untuk diri & keluarga sendiri. Kerja pejabat, part time, MLM.. semua keje buat sampai tak cukup 24 jam yang tuhan bagi... and kita terabaikan hak2 anak2 tahfiz, anak2 yatim ni, anak2 fakir, orang2 tua yang terbiar.. Kita terlepas pandang. Tuhan tuntut hak mereka ditunaikan..semua kena mainkan peranan... especially pada anak2 tahfiz ni sebab mereka pewaris Nabi..boleh bagi syafaat.. bahagian kita belum pasti, anak2 kita pun belum tentu boleh menjanjikan kita bahagia di barzakh.. wallahua'lam..



Wednesday, April 13, 2011

ABAH...












20 Januari 2011.. Alhamdulillah, abah dah boleh balik dok kat umah. Weekdays angah dok puchong tolong jaga abah. Weekends angah balik umah Rawang, tengok anak2 and suami angah pun kan balik weekends, kena la balik jugak.

Abah, masa sibuk jaga abah sakit, tiba-tiba angah dapat surat tukar keje ke kuantan start 1/3/2011. Abah sibuk cakap kat orang sume, angah nak tinggal abah. Sian kat abah. Angah tak boleh buat ape, tu arahan. Tak boleh tangguh pun, angah dah cuba mintak.

Anak2 lain kan ada boleh jaga abah jugak. Mak pun ada. Angah kena la ikut suami angah. Mesti abah susah hati..Sian abah.

26/7/2011, Sabtu - Alhamdulillah tuhan bagi kesempatan kat angah jaga abah. Abah banyak baring jer kat riba angah sambil peluk pinggang angah. Abah soh urut perut and badan abah. Sampai abah terberak..angah cuci..Manjenye abah. Abah x banyak cakap. Angah suap mkn, abah dah tak lalu, sesuap jer yg masuk mulut. Angah dah tak sanggup tengok abah terseksa mcm ni..sampai terdetik dlm hati, Ya Allah, bapaku dah tak daya menanggung ujianMu ini, ambillah dia kalo itu yg terbaik utk bapaku,, Ringankanlah penderitaan bapaku...

27/2/2011, Ahad -Angah sibuk pack barang. Angah nak bertolak ke kuantan. Pagi tu adik call, kate nak bawak abah gi hosptal untuk masuk air jer sebab abah suruh. Abah dah tak lalu makan and minum lately ni.
Lepas asar adik call...dengan suara menggigil...angah cepatla datang..cepatla..angah.. abah dah takde... Allahuakbar..Ya Allah.. Dari Engkau kami datang dan kepada Engkau kami kembali.. Ampunkanlah dosa2 bapaku, jangan kau azab bapaku di barzakh dan Engkau tempatkan roh bapaku bersama org2 yg beriman. Sesunggunya Engkau maha mendengar Ya Allah...

Abah tak nak angah tinggalkan abah, lastly abah yang tinggal angah. Rindunya kat abah. Ya Allah berikan aku dan keluarga ku kekuatan....

Monday, March 29, 2010

Khasiat Kacang Bendi Untuk Kencing manis

1) Ambil 2 biji kacang bendi. Potong pangkal dan hujung bendi.

2) Hiris tengah bendi (Jangan putus)

3) Letak dalam gelas kedua2 bendi tadi, dan biar semalaman dalam suhu bilik.

4) Bangun pagi, waktu perut kosong (sebelum berus gigi) terus minim air rendaman bendi ni. Bendi tak payah makan.

5) Buat setiap hari selama 2 minggu. Bacaan gula akan turun bagi pengidap kencing manis.

Wednesday, March 24, 2010

Mengatasi Masalah Anak Nakal, Degil & Suka Melawan Cakap

Oleh: Ibnuumar Asseluluni (http://www.darussyifa.org/) Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial. Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;  

Kaedah Pertama: Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.  

Kaedah Kedua  :  Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut; 
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.  
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.  
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.  
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.  
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.  
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.  
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.  
8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.  

Pencegahan Awal 
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;
Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim  

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri 
1. Doa Bersetubuh - Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. 2. Doa ketika hampir keluar mani - Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.

Tuesday, March 23, 2010

LAUTAN GARAM TERBESAR DUNIA

Subhanallah.. Allahuakbar
.
Salar de Uyuni is the world's largest salt flat at 10,582 square kilometers. It is located in the southwest Bolivia, near the crest of the Andes. It is covered by a few meters of salt crust, which has an extraordinary flatness with the average altitude variations within one meter over the entire area of the Salar. The large area, clear skies and exceptional surface flatness make the Salar an ideal object for calibrating the altimeters of the Earth observation satellites. A common approach for calibrating the satellite elevation measurements is to compare them to an accurately surveyed terrestrial reference target. Salt flats are ideal for this purpose because they are large and flat, stable surfaces having strong reflection, which is also similar to that of ice sheets. The Salar contains : - Large amounts of sodium, potassium, lithium and magnesium as well as borax. Of those, lithium is arguably most important as it is a vital component of many electric batteries. With estimated 5,400,000 tonnes, Bolivia holds about half of the world's lithium reserves - 10 billion tonnes of salt, of which less than 25,000 tonnes is extracted annually

HaPpY HoUr

Cuti skolah yang lepas, papa tak boleh cuti. Tak dapat la bawak anak2 g jalan. Cian sumer.. . Jadi mama bawakla g mandi kat desawaterpark.. aaa mandilah sampai puas.. sampai kecut tangan and kaki baru nak naik. Mak anjang and anak dia Safiya pun ikut same.. . hehe dah macam ibu tunggal plak 2 orang makcik ni..cian. Paknye sibuk, nak wat macam mane.

Friday, March 12, 2010

'AYAT' untuk direnung2kan

Semalam aku pergi tabung haji.. sambil tunggu no giliran tu, aku baca majalah ANIS yang ada kat rak kat situ. Ada satu ayat yang buat aku tersentuh and cuba merenungkan kembali perjalan hidup aku... Aku jatuh cinta dengan ayat ni... bagus sungguh untuk muhasabah diri aku yang kurang sangat amalan ahiratnye and terlalu sibuk ngan urusan dunia.. .

Berikan ILMU kepada AKAL supaya TAHU
Suntikkan IMAN ke dalam HATI, supaya MAHU
BerJIHADlah kepada NAFSU, supaya MAMPU


Ilmu adalah pengisian kepada akal and suppliment untuk rohani. Tapi ilmu ni bukan datang sendiri. Kita kena luangkan masa untuk pergi mencari. Jadi kenalah kita paksa diri untuk mencari & duduk dalam majlis ilmu yang kena dengan timing kita yang terlalu sibuk ni. Kalau ditunggu masa terluang baru nak pergi... mencari.. memang takkan ada sebab urusan dunia kita ni terlalu banyak. Sebaliknya, kenalah kita luangkan dan cari masa tu untuk mencari ilmu. 24 jam tuhan bagi, sembahyang 5 waktu pun ntah kalo dikumpul tak sampai sejam kot. Kat opis sibuk ngan keje..kat umah sibuk ngan pasangan and anak2.. nak kalo maknye. .

Ilmu yang tak diamal/disampaikan takde nilai, tak boleh dijadikan pencen kubur kita. Jadi kita kena la amalkan ilmu yang dah ada tadi..secara istiqomah. Tapikan bukan senang nak kita praktikkan kalo takde kemahuan yang bersungguh. Kemahuan tu akan datang kalo kita ni dah dapat impact dari amalan2 yg kita buat & dah dapat rasa kemanisan iman tu...benda ni bukan boleh diada2kan. Orang yang layak je tuhan bagi. Aku ni jauh lagi kot... ye la.. tengah semahyang pun dok ingat benda lain.. kalo kat opis tingat keje.. kalo kat umah tingat yg keje2 kat umah plak.. mesti ade interpreme punye. Para sahabat dulu punya khusyuk solat sampai burung pun boleh bertelor atas serban diaorang. Pastu bukan baca surah pendek macam aku.. Al-Baqarah satu rakaat.. panjang tu sampai 286 ayat... Bunyi macam kelakar.. tp boleh tak kita bayangkan macam mane khusyuknye diaorang. Pernah aku sembang dengan kawan cina. Dia citer pasal taichi. Taici ni kan slow jer pergerakan dia. Dia kata slow tu sebab kena concentrate btol dengan semua pergerakan.. and wonder, diaorang cakap manusia yang paling tinggi concentration..Nabi Muhammad s.a.w. MasyaAllah. Orang kafir pun tau, betape bagusnya.. tingginya nilai kekasih Allah ni. .

Akhir sekali, bila dah kita beramal, bukan mudah pulak nak istiqomah... Janji syaitan & iblis -dia akan sentiasa menghasud manusia hingga ke penghujung dunia supaya manusia ingkar perintah tuhan & masuk neraka bersama2 dia ... Jadi nak dapat istiqomah, kenalah kita berjihad untuk melawan segala nafsu..bisikan syaitan, iblis dan jin ini... Nafsu jasmani kita banyak sangat dan mengatasi nafsu rohani. Kalo tengah tido malam, nak terkucil..gerenti kita akan bangun punye, mane bleh tahan. Tu desakan jasmani atau badan kita. Tapi rohani nak kita bangun sembahyang malam... susahnye aku nak bangun. Niat and kunci jam tu ada la buat. Tu lah menunjukkan rohani aku ni lemah btol.. harapkan yang 5 waktu tu je, tu pun nak dapat punctual susah jugak. Astaghfirullah... .

Ya Allah, ampun segala dosaku. Aku berlindung padaMU dari melakukan dosa, dari perangai malas, dari azab neraka & kubur, dari godaan2 syaitan & iblis. Aku pohon rahmatMu Ya ALLAh, kurniakanku hidayahMU, permudahkanlah segala urusan dan kesukaranku, betulkan batinku dan Engkau angkatlah zahirku, bersihkanlah amalanku, kurniakanlah segala nur dalam hidupku. Ya Allah kurniakanlah kepadaku keimanan & keyakinan yg tiada lagi sebarang kekufuran selepasnya. Kurniakanlah rahmatMU kepadaku supaya dengannya aku mencapai kehormatan kurniaMU yang mulia di dunia dan akhirat..amin. . Wallahua'lam..

Thursday, February 25, 2010

Pemuda Terlampau

Baru lepas kena marah sebab mandi tak mau naik..nak main air... cian dieee..

Diet cara Rasulullah

Menurut Ustaz Abdullah Mahmood, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanan sehariannya. Mudah2an kali diamalkan secara istiqomah, tak perlulah kita bergantung kepada supplement yang kita sendiri tak pasti akan keberkesanannya.  
  1. Jangan makan DAGING + SUSU
  2. Jangan makan DAGING + IKAN ((Darat & laut ~ tak boleh campur)
  3. Jangan makan IKAN + SUSU
  4. Jangan makan AYAM + SUSU
  5. Jangan makan IKAN + TELUR
  6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU + CUKA
  8. Jangan makan BUAH + SUSU (eg. : cocktail)
- JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. - TIDUR - 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. - JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. Nampak macam susah nak ikut, tapi no harm trying. Ianya takdelah nampak dalam jangka masa terdekat nie.... InsyaAllah kesannya akan nampak bila umur makin meningkat (dah tua le tu)

PETUA 8 P SITI NURBAHYAH

1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

 6.PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7.  PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8.  PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. . Beberapa amaln doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca Surah Al-Imran (Ayat 31. Surah Al-Imran (Ayat 200) digunakan bagi mengurangkan panas baran suami/isteri. .

Kunci sebenar kebahagiaan rumahtangga adalah mendekatkan diri kepada Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumahtangga kerana jiwa yang kosong. Ketika kita jauh dari Allah, Iblis yang suka umat manusia bercderai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita dari tanggungjawab terhadap keluarga...

MUSIBAH BERI PERINGATAN MENDORONG KEINSAFAN

Oleh Lokman Ismail 

MUSIBAH menguji kekuatan iman seseorang. Orang yang kuat imannya pasti berjaya menghadapi ujian yang tersedia ganjaran besar. Mereka bersabar dan reda dengan ketentuan Allah, menghadapinya dugaan dengan perasaan dan fikiran positif. . Umat Islam perlu sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Apa yang terjadi pasti tersimpan hikmah besar. Anggaplah ia kebaikan dan mengucap syukur apa yang berlaku. Cubalah muhasabah diri dan berfikir sebab berlakunya musibah. Rasulullah SAW sentiasa memberi pengharapan yang tinggi supaya umatnya tidak berduka cita apabila berdepan dengan musibah. Setiap musibah yang menimpa menuntut kesabaran tinggi untuk menghadapinya.  

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim) .  

Musibah penyakit banyak hikmahnya. Apabila diuji dengan penyakit dan penderitaan, manusia sedar kekuatan dirinya tidak mampu bertahan selamanya. Manusia mudah lupa jika sentiasa sihat. Bahkan, Firaun mengaku dirinya tuhan antaranya disebabkan dia tidak pernah ditimpa penyakit. Ujian menderita akibat penyakit memberi kesan psikologi yang mendalam kepada manusia, berbanding dengan ujian lain. Apabila menderita penyakit berbahaya atau rasa kesakitan teramat sangat, maka terlintas mengenai kematian. 
 
Apabila Allah menurunkan ujian, secara langsung mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya. Dia berkuasa menentukan segala yang diinginkan terhadap hamba-Nya. Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada setiap orang boleh ditarik pada bila-bila masa dengan pelbagai cara. Musibah adalah peringatan bagi manusia muhasabah diri kerana ujian mendorong perasaan insaf dan memperbanyakkan istighfar supaya tidak terus dalam kelalaian duniawi. Memohon keampunan Allah boleh menghalang perasaan angkuh dan sombong. 

Selama ini kita hanya melihat nasib orang lain, dan kini tiba masanya terjadi kepada diri sendiri. Bertaubat adalah tindakan spontan biasanya dilakukan oleh mereka yang ditimpa musibah. Ia bertepatan dengan sebab Allah menurunkan musibah ke atas diri seseorang sebagai tanda peringatan. . Orang beriman berasa bersyukur dikenakan musibah sebagai ujian atau sebagai menghapuskan dosa yang dilakukan. Antara dosa dilakukan manusia, ada yang Allah hapuskan melalui pembalasan dalam bentuk musibah. Oleh itu, orang beriman yang memahami konsep balasan dan ujian diturunkan melalui musibah berasakan dirinya sebagai bertuah. Kesakitan di dunia ini menjadi penyelamat daripada kepanasan api neraka pada hari akhirat kelak. 
 
Ketika Rasulullah SAW mengunjungi sahabat sedang sakit, Baginda bersabda yang bermaksud: “Bergembiralah, kerana Allah berfirman: “Inilah neraka-Ku, Aku menganjurkan menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, supaya dia jauh daripada neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).  


Pengampunan dosa melalui musibah hanya jika kita menginsafi musibah itu, yakni menerima musibah dengan reda, sabar dan memohon keampunan kepada Allah. Allah suka mendengar pengharapan dan doa hamba-Nya.  

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami pernah menimpakan azab ke atas mereka, namun mereka tidak tunduk kepada Tuhan dan mereka juga tidak berdoa kepada Allah dengan merendah diri.” (Surah al-Mukminun, ayat 76) 

Berdoa adalah ibadat dan jika apa yang didoakan tidak dimakbulkan di dunia, balasan kebaikan tetap diperoleh di akhirat atas apa yang dilakukan. Mungkin juga doa itu dimakbulkan dengan digantikan kebaikan lain. Mereka yang berasa keluh resah dan mempertikaikan musibah yang menimpa dirinya, maka tidak ada apa kebaikan diraih. Mereka itulah hamba yang benar-benar rugi di dunia dan akhirat. Ujian yang sepatutnya menaikkan darjat di sisi Allah tidak diduduki dengan baik.  

Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: “Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157) .

Kisah Nabi Ayub yang tabah menghadapi ujian ditimpa sejenis penyakit kulit luar biasa patut menjadi renungan. Akibat penyakit itu, keadaan badannya amat menakutkan mata memandang dan orang lain tidak sanggup melihatnya. Seluruh ahli keluarga tidak mahu mendampinginya, kecuali isterinya.Iblis tidak senang melihat sifat isteri Nabi Ayub yang setia, lantas menggoda supaya dia meninggalkan Nabi Ayub. Nabi Ayub berdoa agar cita-cita iblis tidak berjaya dan Allah memperkenankan doa Nabi Ayub serta membalas kesabarannya dengan kejayaan.

Monday, February 22, 2010

No excuse.... Haiyaa'lassolah..

Gambar ni aku ambik mase sport skolah anak. Event start kol 2pm. Macam2 game main. Salute tengok, anak2 pompuan yg skolah menegah, bleh memanah dengan purdah. Tak lari jauh la dari centre..ok la tu. Mata jer yang nampak, tapi shot bleh hampir tepat.
Game tak campur, laki pompuan kat sudut berasingan.
Tapi ape yang buat aku rase insaf, bile nak masuk asar, semua bertebaran amik wudhu. Sharp azan, terus solat berjemaah. Kebanyakannye beralaskan premix track tu. Aku yg dok kat kusi penonton tergamam & terkedu. Menitis la air mata aku menngenangkan diri aku. Aku tak leh join sebab keuzuran.. tu yg bleh snap gambar ni
Anak2 ni, dalam keadaan berpeluh,.. penat, tengah panas.. telah dilatih untuk solat on time. Aku ni yang dah nak separuh abad ni, masih tak boleh buat dengan sempurna solat aku. Nak kalo time keje yang taget date dah sampai, memang payah la aku nak ontime solat.
Apepun, alhamdulillah, dari event ni, aku berazam & cube sebaik mungkin to punctual in my solah. Syukur jugak pada DIA, bile aku masukkkan anak2 kat skolah ni, banyak perkara yang anak2 & skolah ni tarbiah aku balik.
Moral.. jangan rasa rugi atau was2 nak hantar anak2 ke skolah mcm ni. Ramai orang nampak kalo ke arah agama je, takde mase depan. Ada yang kata..esok anak ko keluar nak keje ape. Sedihnye.. sepatutnya bagi moral support. And dah terbukti PMR tahun lepas, anak2 tijarah ni antara skolah swasta yg dapat result cemerlang. Student tijarah dah ada yang buat medic kat Al-Azhar..
Janganla kita ingat skop agama ni cume jadi ustad & ustazah ajar ngaji jer.. Orang2 kafir kaji Al-Quran untuk korek kehebatan Islam.. Malangnye, kita yang Islam warisan ni..berhijrah jauh dari Al-Quran... Wallahua'lam..

SESI BERKHATAN 2009

Aksi sebelum bersunat, ceria betol. Mama & papa sentiasa ada sebagai pemberi semangat.
.
Anak2 aku kire kebal jugak la, tak nangis pun. Adik yang 4 thn tu Farhan, dokter pun salute, selambe btol.. tu pun jenuh la mama & papa convince.
.
Kekebalannye terbukti bile besok paginye dah bleh main beskal.. tin..tin
.
Kami mengutamakan ciri2 keselamatan..okeyla tu. Gantung2 tali ni oldtimer la nye style. Ni bebas pergerakan..hehe. Papa dia nye idea la ni. Ventilation ada, kire complete ikut spec la.
.
Sebagai hadiah di atas keberanian anak2 mama & papa ni, hadiah mule2 lolipop. Yang tu beli sebelum masuk bilik sunat. hadiah bila dah baik sket.. beli menan.. Adik khairan tu..tengok sajer la.. blom cukup umur untuk disunatkan.
.
Yang jadi masalahnye.. papanye penakut sangat. Masa dokter sunatkan pun, mama dia gak yang dok sebelah bagi moral support kat anak tu. Papa dia dok ujung bilik. Tapi bagus gak, aku dah taula macam mana gayenye power renjes disunatkan. Mamanye la yang dok mengadap sampai baik. Ade ke patut, mama dah la takde xperience yang tu.. yang lain ada la. Ingat papa tu kena sunat lagi sekali kot...
Setelah siap kerja-kerja pre-cleaning... jadi aku kena la plak cleaning anak2 aku ni sume..

Penggemar puding kastad terlampau

Hehe.. aku kalo buat puding kastad, memang part ni yang aku suke. . Lepas fill kastad sume dalam container kecik2.. aku akan panggil sume bala tentera aku untuk makan kastad yang tinggal kat periuk. Anak2 aku memang suke btol la.. gambar ni sebagai bukti..ada yang sampai ke siku. . Jadi - moral, kalo nak senang basuh periuk..panggil la anak2 untk buat pre-cleaning..hehe..

Ejas jari

Ni gambar kat playground kat Restoran Jejantas Sg. Buloh.
.
Adik tu orang sume dah ready..dia masih terkial2 nak ejas jari nak buat peace...
.
Memang kalo bergambar dia memang susah nak fokus kamera sebab dia sibuk fokus jari dia...

Friday, February 19, 2010

Anak2 Mahad Tijarah

Ni gambar mase ada jamuan raye kat skolah kakak and abang. Seronok kalo g skolah ni, tengok anak2 ni sume..yang laki beserban, yang perempuan bertudung..purdah pun ada. Yang lagi seronok, bile semua berebut2 nak bersalam ngan ibubapa yang datang. Macam artis plak..hehe.
.
Anak2 kat sini sume bukan sebarang tau.. semuanya mantap ayat2 Al-Quran di dada. Kalau ada gangguan yang ringan, anak2 yang skolah menengah tu insyaAllah, boleh la membantu. Mama salute lah. Hafiz & Hafizah adalah pewaris nabi kan... doa mama untuk semua anak2 yang belajar tahfiz akan cemerlang dunia dan ahirat.. mantap iman dan aqidah.. akan menjadi contoh dan ikutan ke arah jalan2 kebaikan and lastly dapat menjadi sandaran untuk ibu & ayah agar selamat di 'alam sane'... amin.

Repot Polis

Kejadian ni berlaku mase aku kat balai nak wat ripot. Aku dah siap type & print dalam satu muka A4. Polis tu kena la type balik ape yang aku tulis tu. . Tapi dukacita dimaklumkan, aku rasa polis ni memang tak di train untuk guna komputer. Jadi nak tunggu dia siap type ripot tu aku ingat kat sejam. Dia type pun sebutir-sebutir hurufnye. . Anak bongsu aku ni dari lasak dia dok main lari2..panjat2 kat dalam balai tu... sampai dia sendiri pun tertido.. nak menunjukkan betape lamenye la abang polis tu type. . Aku pun dah sampai tak larat nak nengok muke polis tu, ye la dah tentu aku kena dok mengadap dia mase tunggu dia menaip tu. Sian btol la kat polis ni kan. Tapi lagi sian tengok anak aku tu ha. Mesti polis tu rase bersalah bile tengok anak aku yg pada asalnye mase datang hyperaktif bukan main.. dah terkulai tertido sebab tunggu dia type.. Apepun syabas inspekter sahab..krn berjaya gak menaip sampai abis.

Adik semput

Cian anak mama ni.. masa ni adik semput. Petang dah ambik nab(nabulizer) kat klinik.
.
Malam kol 11> adik semput balik. Mama bawak gi emergency kat Hosp. Sg. Buloh. Kol 2 pagi balik umah.
.
Kol 5 pagi adik sesak nafas balik... lagi sekali mama bawak pegi hospital.. kol 10 pagi baru balik umah.
.
Sayang sume anak2 mama.. takpe mama susah, janji anak2 mama sihat semula.

Spiderman beriman

Ni la anak teruna aku yang cita2 masa skolah tadika nak jadi batman. Tapi baju batman takde jual, jadi dia tukar la jadi spiderman plak..
.
Ada sekali tido malam tangan dia angkat2 macam lambai.. rupenye spiderman tengah nak keluarkan tali dari tangan...
.
Punyela kuat keinginan nak jadi spiderman tu.. sampai tido pun mimpi spiderman.. ni la anak jantan, lambat btol matang.
.
Tapi takpe spiderman ni jensi beriman, tak tinggal solatnye.. Boleh la kalo ade sesape nak hantar borang nak booking wat menantu.

Tuesday, November 3, 2009

BISMILLAH 6

Fadhilat ayat :

  1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
  2. Luas rezekinya.
  3. Jika ditiup kpd wanita, nescaya kasih ia kepada kita.
  4. Akan menang dalam peperangan.
  5. Penerang hati.
  6. Diajuhkan dari segala penyakit.
  7. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  8. Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  9. Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  10. Aman daripada binatang2 buas. Air laut menjadi tawar.
  11. Terlepas daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  14. Terselamat dari karam dilaut. Jika dibaca pada minyak masak, baca pada malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya atau sebagai selusoh.
  15. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  16. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  17. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  18. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  19. Dijadikan ayat atau pendinding untuk menghalau jin dan syaitan. Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas (gangguan jin & syaitan) :- - Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. - Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
  20. Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas. Wallahua’lam..

Tuesday, September 8, 2009

SOLAT SUNAT DHUHA

SOLAT DHUHA…Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:- Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .” ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) 1) Ruang waktu dan waktu afdal Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. (antara pukul 7 am - 1 pm) Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat. 2) Cara melaksanakannya Bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim) Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut. 1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam) 2) Waktu : 7.00 pagi - 1.00 pm
3) Niat : "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala" 4) Doa selepas solat :