Masa baru2 kawin dulu, hidup aku ni sempit sikit. Ye la orang kata baru nak membina hidup. Combine gaji dengan hubby pun, takde lebih tiap2 bulan. Ada je masalah. Jealous tengok kawan2 pejabat boleh pakai baju cantik2, kain terkini..masa tu opel la yg famous. Rupanya ada kawan yang veteran sorang dok perhati. Aku cakap la, aku ni tak boleh nak berbelanja lebih sangat sebab banyak komitmen. Makcik ni faham. Lgpun aku ni dah macam anak dia. Tau apa dia buat.
One day dia bawak aku pergi Pusat Zakat Wilayah. Dia bwk gi kaunter and minta pegawai tu kirakan akunye gaji and zakat yang aku patut bayar. Jadi start pd hari tu makcik tu dok tarbiah aku pasal kewajipan bayar zakat ni. Aku ni ilmu agama tak banyak masa tu. Jd dalam ketakcukupan tu, aku gagahkan jugak membayar zakat. Buat potongan gaji. Masa tu potong RM50 kot.. Tapi Allahuakbar.. Janji Allah memang benar. Sekiranya hambaku bersedekah (zakat), Aku akan cukupkan keperluan mereka. Sejak tu hidup aku takde la sempit seperti sebelumnya. Ada balance plak duit gaji tu. Padahal komitmennye same je. Aku ajak suami plak bayar zakat. Alhamdulillah rezeki Allah melimpah ruah. Rezeki kesihatan, anak2 yang tidak banyak kerenah, hubungan keluarga sendiri dan mertua baik, suami yang masih setia bersama aku.. walaupun jumpanya seminggu sekali sejak kawin lagi. Tahun ni insyaAllah sambut annivesary ke 15 tahun.
Sekarang zakat tu kami lebarkan.. ke 2-3 negeri tempat zakat, ke sekolah2 tahfiz/agama.. rumah kat KL pulak bagi anak2 yatim duduk. Kalai bagi sewa nanti banyak masalah, jd bagila dulu anak2 yatim ni duduk. Mudah2an ada sikit saham utk ke kubur nanti.. Banyak lagi cabang zakat ni. Rujuk Surah At-Taubah bawah ni..
No comments:
Post a Comment