Tarikh : 4 mac 2011
Tempat : Dewan Bakawali, KOMTUR, Kuantan, Pahang
Janji Allah - penyakit datang bersama ubatnya cuma tidak diturunkan setempat. Oleh itu manusia perlu ikhtiar untuk mencari ubat tersebut. Kita perlu minta petunjuk Allah untuk mendapatkan ubat yang bersesuaian dengan penyakit.
Nabi sakit tidak pernah makan ubat tetapi setiap kali sakit, Nabi hanya bersedekah.
Pesanan Ustaz : Manusia sekali-sekala perlu cas diri iaitu berdiri/berjalan di atas tanah tanpa seliapr/kasut. Ini kerana manusia berasal dari tanah.
Pesanan Nabi : Jangan makan ubat yang akan memberi mudarat atau kesan sampingan lain. Sebaliknya minum dan makanlah makanan yang boleh dijadikan ubat.
Imam Syafi'e Rahimahullah berkata kepada Imam Ahmad Rahimahullah : " Wahai Ahmad adapun aku makan banyak, kerana aku tahu makananmu adalah dari yang halal. Dan sesungguhnya engkau juga adalah seorang pemurah, makanan orang pemurah adalah ubat, makanan orang bakhil pula adalah racun/penyakit. Aku tidak makan (hanya) untuk kenyang, tetapi aku makan (juga) untuk berubat dengan makananmu itu wahai Ahmad. Supaya aku sembuh (sihat) kerana makananmu dari yang halal" - Makanan halah adalah ubat, makanan haram dalah penyakit.
Contoh ubat yang boleh beri mudarat seperti ubat2 hospital (kencing manis, darah tinggi - kebanyakan pesakit akan dapat komplikasi buah pinggang).
Makanan yang boleh dijadikan ubat adalah yang di antara langit dan bumi seperti madu, cuka pokok (asli), kekacang (badam, pistachio..), kurma, air zam2, halia, bawang putih, lada hitam, minyak zaitun, jintan hitam, kayu manis.. dan mcm2 lagi la.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)Khal = cairan cuka dari buah-buahan (BUKAN CUKA BUATAN). Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam.
Kencing manis - Cuka + Kurma + Gambir india
Demam panas - Belimbing buloh + Cuka + Madu
Kolestrol tinggi - Kisar jadikan jus ~ Daun rambutan yg sedang (5 helai) + Cuka(1 sudu) + Madu (1 sudu)
Fibroid - Rebus daun semalu. Ambil air rebusan + cuka. Baca Surah Al-Insyiqaq ayat 1-5 - hembus pada air. ~ Minum.
Pendiding rumah - Isikan Cuka dalam gelas, bacakan dan hembus "Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in" (Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan). Letakkan tengah rumah.
- Elakkan menyimpan sisa tulang dalam rumah bila malam kerana tulanga dalah makanan jin.
Budak menangis sambil pejam mata (tanda gangguan) - Lada hitam + minyak zaitun. Bacakan Fatihah, ayat kursi dan selawat. Sapu belakang telinga anak dan jari kaki.
Ekzema (gatal2) - Tumbuk campuran garam + lada hitam + belerang. Then + cuka + minyak zaitun. Sapu.
Sawan - cari rambut kerinting/tercacak 3 helai, pegang. Baca Bismillahi MasyaAllah. Cabut and letak rambut tersebut dalam cuka + ais. Balut badan dengan tuala.
Migrain - Masa sakit ~ Baca Surah Al-Waqiah ayat 19 - hembus pada ubun-ubun. Untuk elakkan - taburkan garam kasar + lada hitam + kacang hijau atas surat khabar. Berjalan-jalanlah di atas taburan tadi.
Jantung (perokok) - Cuka isi dalam botol. Masukkan bawang putih (jadikan jeruk). Makan bawang putih tersebut.
Resdung - ambik air zam2/ air sejuk, letak atas tapak tangan. Selawat 3x and sedut ikut hidung. Lakukan sebelum subuh. Boleh juga sedut air semasa ambil wuduk (pada kali ke 3) untuk semua anggota. Niatkan dalam hati.
Ulcer - Rebus daun inai dan pepak (isap daun lepas rebus).
Ruam (budak) - Sapu cuka kat badan
Sakit pinggang - Masa mandi, ambil air yang jatuh kat lantai (jirus yg akhir), tepuk ngan tapak tangan - selawat - niatkan " Ya Allah dengan berkat air mandian ini, hilangkanlah sakit pinggangku". Kemudian tepuk kat pinggang belakang - tarik bawak ke depan.
Mudah-mudahan dapat diamalkan bersama2..
No comments:
Post a Comment