Thursday, July 7, 2011

Rindu Pada Arwah..


 “…adik rindu kat atuk la..” ucapan anak mama yang bongsu, Khairan.. Hampir setiap hari bgtau pd mama, papa, abang2 & kakak2 dia. Anak yang sekecik itu, yang baru nak masuk 4 tahun jadi khalifah Allah.. sudah tahu erti rindu. Masa singkat 4 tahun itu pun, dia sudah ada memori indah yang bermain2 di fikiran dia. Memori bersama arwah atuk..

Inikankan pulak mama ni. Abah, 37 tahun angah hidup.. abah ada kat depan mata. Kalau balik Puchong, Abah selalu teman angah dan Faizal makan. Abah suka sembang. Abah suka cite pasal keje abah..Abah slalu cerita pasal mak dan anak2.. Abah selalu pesan suruh tengokkan mak dan adik2... 27 Februari 2011 Abah tinggalkan kami semua. Sekarang hanya dapat tengok gambar abah jer.. cium baju abah, baju pagoda yg abah pakai masa sakit dulu. Kalau rindu, angah cari baju abah tu.

“..Ateh rindu kat arwah la” Kak Emi rindukan arwah suaminya. Phrase yg selalu ada kat wall FB dia. Suami yang baru diijabkabulkan dengan dia.. baru sebulan. Pelamin pun belum dibuka..barang2 kenduri masih belum berkemas... Allahuakbar.. Engkau telah menjemput suaminya semasa mereka mengecapi bulan madu. Berat sungguh ujianMu Ya Allah..

KEMATIAN..
Setelah beberapa bulan berlalu, aku cuba mencari kekuatan dan mencari pengajaran disebalik ujian kematian ini. Aku search di internet tentang kematian.. Dapatlah aku menilai perkara penting yang buat aku merenung jauh..berfikir dan muhasabah diri.

Manusia itu bukan tubuh yang bergerak kesana kemari tanpa tujuan. Tubuh itu tidak memahami apa-apa. Sebaliknya, ada jiwa yang hidup di dalamnya yang memberikan tujuan kepada tubuh iaitu ROH... Tangan, kaki, paru-paru, jantung dan otak, semuanya berhenti bekerja ketika jiwa itu pulang ke tempat asalnya, sesuai waktu yang telah ditentukan baginya. Yang terbaring di persemadian hanyalah tubuh kaku yang telah hilang fungsi dan tujuan. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Orang-orang yg disayangi disekeliling kita, bukan milik mutlak kita dan hanya dipinjamkan sementara sahaja.. Jasad dan roh kita adalah milik ALLAH s.w.t dan dia lebih berhak untuk ambil kembali.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

Apakah bahagian arwah ’didalam sane’… Bahagiakah dia..atau terseksakah dia.. Hanya Allah yg mengetahui. Sebagai waris, kita hanya mampu mendoakan, menghadiahkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan bersedekah atas nama arwah. Semoga urusannya ’dibawah sane’ lebih mudah. Teruskan kehidupan kita dengan kenangan2 bersamanya. Usahlah menagis kerana akan lebih menyeksanya..

Begitu banyak hamparan kebun amal berada di sekeliling kita, anak yatim yang memerlukan kasih sayang, perut orang-orang miskin yang lapar, ibu tunggal yang mermerlukan bantuan, anak fakir miskin yang menginginkan persekolahan, orang-orang sakit yang tidak mampu membayar bil perubatan, orang-orang jahil yg dahagakan ilmu agama, masjid-masjid yang tersekat pembangunannya, pusat tahfiz yg daif dan berbagai macam lagi kebun amal lainnya yang menunggu kita untuk dijenguk dan dibantu. Alangkah bagusnya dan bertuahnya arwah andai kita sebagai waris terpanggil untuk membantu mereka ini dan berbahagialah arwah ’dibawah sane’ dengan amal kita yang tak seberapa ini. Yang tidak setanding dengan perngorbanan abah untuk membersarkan kami anak-anak.

CINTA..
Sayang dan rindu pada abah kadang buat aku terlupa..leka. Dalam mencintai, ada perkara yang harus didulukan..iaitu cinta pada Rabbnya dan Kekasihnya.. Allah dan Muhammad s.a.w.
”Sesungguhnya tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai Allah dan Nabi lebih dari yang lain”.
 Jika kita mencintai Allah, Dia akan mencintai dan menjaga kita. Cinta yang mendalam akan membawa kita kepada fasa pengorbanan. Aku boleh korbankan masa, tenaga, duit untuk jaga abah masa sakit dulu. Tapi bila merenung kembali hidup aku, tak banyak perngorbanan yang aku buat untuk Allah dan Nabi. Sembahyang aku pun, masih banyak yang tak punctual. Untuk yang 5 waktu tu pun, masih tak terurus dengan sempurna. Besar sungguh nikmat ujian kematian ini.. Banyak perkara yang buat aku berfikir dan menilai kembali setiap fasa yang aku lalui dlm hidup aku. Ya Allah beri aku kekuatan, kesempatan dan petunjuk Nur HidayahMu.. untuk aku memperbaiki segala kelemahan diri ini.. supaya aku dapat menjadi hambaMu yang terpilih untuk ke FirdausMu Ya Allah.

”Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan meningat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Raad: 28)

Ya Allah berikan aku nikmat iman itu Ya Allah..supaya aku dapat berasa tenang denganMu dan supaya aku tidak lagi terbeban dengan kerinduan kepada arwah.. Amin...

No comments: