Tahun depan 2013.. in syaa Allah umur aku dah berganjak setakuk lg and dah nak entry 40's.. Ish panjang masanye tu.. Tapi sedihnya amalannya tak sepanjang mana. Mudah2an Tuhan bg aku rezeki umur yg panjang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Syukur atas segala kurniaanMu ini.. anak2 aku dah 5 orang.. Suami yang Alhamdulillah masih setia bersama aku.. walaupun dr start kawin sampai skarang kami ni weekend couple. Cuma kadang aku teringatkan kawan2 yang masih single.. tak kisahlah samada memang memilih utk hidup single atau rezeki jodoh belum berkunjung tiba.
Ni ada doa untuk diamalkan. Mudah2an doa-doa ni dapat mempermudahkan dan membuka hijab jalan-jalan ke arah jodoh tu. Ada doa dr Ustazah Siti Bahiyah dll.
Zikir :
YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
No comments:
Post a Comment